KERAJAAN PERPADUAN...

Sunday, June 21, 2009 | | 4 comments |

Assalamualaikum...setelah minggu-minggu berlalu dengan berita panas berkenaan kerajaan perpaduan, saya merasa terpanggil juga untuk mengulas hal ini terutama apabila 2 orang orang kuat dalam pro-mahasiswa terutama Saudara Dzul selaku presiden gamis dan yang terbaru Saudara Shazn selaku presiden PMIUM mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bagi saya hanya mengeruhkan keadaan. Saya selaku mahasiswa merasa kecewa dengan kenyataan kedua-dua pemimpin pro-mahasiswa ini. Berfikir habiskah mereka dalam mengeluarkan kenyataan ini atau mereka juga terdorong oleh hawa nafsu yang di jolok oleh situasi panas ini? Tidak salah mahasiswa mengeluarkan pendapat, tapi bukan kenyataan yang mengecam sebegini terhadap pemimpin-pemimpin pas.

Pada pendapat saya, dalam hal berkenaan kerajaan perpaduan, para mahasiswa sepatutnya mendengar dahulu penjelasan lanjut daripada Tuan Guru Presiden.Patut dan wajarkah kita bercakap sesuatu yang kita tak tahu dengan jelas mengenainya. Hal ini bersalahan dengan hadis Nabi yang melarang kita berbuat demikian.Tokoh-tokoh mahasiswa dilihat terus menuding jari kepada pihak tertentu terutama Timb Presiden dan yang lain.Dari abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda. " SEORANG HAMBA (MANUSIA) YANG BERBICARA DENGAN PEMBICARAAN YANG BELUM JELAS BAGINYA (HAKIKAT N AKIBATNYA) , MAKA DIA AKAN TERLEMPAR KE NERAKA SEJAUH ANTARA TIMUR DAN BARAT"..

Kedua, saya melihat dalam hal ini keberanian yang ditonjolkan oleh kedua-dua pemimpin mahasiswa ini amat bagus, cuma cara mereka melontarkan itu sahaja yang tidak bagus. Bagi saya, dalam menghadapi apa-apa sahaja situasi sebegini, kita diperingkat mahasiswa harus mengeluarkan kenyataan yang lebih merendah diri tapi tegas. Kenapa saya berkata demikian? Kelantangan hanya bakal merosakkan, tapi ketegasan mampu membaiki. Jadi dalam hal ini, saya merasakan sifat merendah diri perlu tapi dalam masa yang sama kita perlu tegas bercakap mengenainya.contohnya dalam hal ini, kita perlu menggesa Tuan Guru Presiden memberi penjelasan lanjut kepada mahasiswa dan seluruh rakyat malaysia mengenainya. Gesaan itu merupakan ketegasan kita tapi dengan cara memohon, itu adalah sifat merendah diri sebagai mahasiswa yang belum cukup ilmunya.

Ketiga, kenyataan Saudara Dzul tentang mencabar Ustaz Nasharuddin dan Datuk Mustafa Ali berdebat dengannya adalah suatu kenyataan yang egois dari seorang pemimpin mahasiswa. Kenapa debat? Debat hanya akan menyebabkan salah satu pihak mempertahankan idea atau pandangan masing-masing dan bukannya satu kaedah mencari penyelesaian. Hebat sangatkah anda sebagai mahasiswa menggesa golongan ulama berdebat? debat hanya mencari pihak mana yang menang dan mungkin sampai pada satu tahap sebelah pihak mereka-reka fakta untuk menang..Kenapa tidak saudara Dzul menganjurkan diskusi? Hal ini lebih kepada mencari penyelesaian bagi saya. Ingatlah salah satu nasihat Syeikh Hassan al-Bana yang melarang kita banyak berdebat.

Keempat, sedarkah saudara akan hadis nabi yang berbunyi " Bukan dari golonganku orang yang tidak memberi keamanan pada jirannya. Dalam hal ini, kenyataan-kenyataan yang mengecam pemimpin-pemimpin kita itu hanya akan menambahkan beban di hati mereka. Di sana akan lahir prasaan susah hati untuk menghadapi situasi ini dan akan menambahkan beban di dada para pemimpin. Oleh itu, salahkah kita keluarkan suatu kenyataan yang membantu dan menunjuk jalan pada mereka dalam menyelesaikan masalah ini.

Akhirnya saya memohon maaf andai tersilap kata, kerana sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu adalah atas kelemahan diri saya walaupun pada hakikatnya ia dari Allah..


Wallahu a'lam.....

AMALAN ISLAM YANG DILUPAKAN

Thursday, June 18, 2009 | | 0 comments |


Islam itu dagang dan akan kembali dagang. Islam itu datangnya
membawa perbezaan dan kalau Islam itu diamalkan kembali, ia juga
akan membawa perbezaan. Islam itu lain daripada yang lain. Ketika
awalnya dahulu, Islam itu terpinggir, jauh tersisih dari cara hidup
orang-orang Arab jahiliah. Di akhir zaman juga ia terpinggir. Cara
hidup Islam yang sebenar jauh tersisih dari cara hidup umat Islam di
zaman jahiliah moden ini.

Al-Quran itu dinamakan Al furqan atau "yang membezakan". Siapa yang
mengamalkan Al Quran, cara hidupnya akan berbeza dengan orang yang
tidak mengamalkan Al Quran. Siapa yang banyak meninggalkan Al Quran,
maka Islamnya tidak syumul.

Sendi-sendi kehidupan umat Islam kini sudah terlalu banyak yang
rosak. Sudah tidak kelihatan lagi ciri-ciri dana amalan Islam di
dalam kehidupan umat Islam. Banyak daripada amalan umat Islam telah
dilupa dan ditinggalkan. Ia telah digantikan dengan amalan-amalan
yang ditiru dan diciplak dari amalan para penjajah, orang-orang
Barat, Yahudi dan Nasrani.

Di zaman Rasulullah SAW dan para Sahabat, kalau diibaratkan ilmu
Islam itu ada sepuluh, amalan umat Islam juga ada sepuluh. Sebab itu
Islam ketika itu syumul dan terlaksana di semua bidang kehidupan.
Pada zaman Tabiut Tabi'in, ilmu Islam tetap ada sepuluh tetapi
amalannya sudah kurang menjadi sembilan. Ketika itu Islam masih lagi
kelihatan syumul. Pada zaman 300 tahun hingga membawa kepada 700
tahun umur Islam, iaitu di kala mana empayar Islam masih wujud,
amalan Islam terus berkurangan walaupun ilmunya tetap sepuluh.

Pada era selepas 700 tahun hingga sekarang ini iaitu di kala mana
empayar Islam telah runtuh dan umat Islam mula dijajah oleh kuasa-
kuasa Barat, semakin banyak amalan dan cara hidup Islam ditinggalkan
dan diganti dengan amalan-amalan dan cara hidup penjajah. Sekarang
ini, tidak salah kalau kita angarkan bahawa nisbah amalan Islam
hanya tinggal satu walhal ilmunya tetap sepuluh, sama seperti zaman
Rasulullah SAW dahulu. Isu Islam tidak rosak. Iimu Islam tidak
berkurangan. Ilmu Islam tidak susut. Yang menjadi kurang, menjadi
susut dan yang rosak adalah amalannya yang sudah banyak ditinggalkan
dan dilupakan umat Islam. Maka terbuktilah kebenaran firman Allah
yang bermaksud:

" Dan sekali-kali tidak akan redha kaum Yahudi dan Kristian itu
kepada engkau (Ya Muhammad) selagi kamu tidak mengikuti cara hidup
mereka."

Amalan yang tinggal di waktu ini hanyalah apa yang termaktub di
dalam rukun Islam. Itu pun kerana ianya dijadikan rukun. Kalau
tidak, mungkin amalan-amalan tersebut dilupakan juga. Amalan-amalan
yang menjadi rukun ini kalau tidak diyakini dan diamalkan, maka akan
terjejas keimanan. Justeru itu, masih ada umat Islam yang bersolat,
walaupun ramai sudah tidak bersolat atau tidak tahu bagaimana hendak
bersolat. Masih ada orang Islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan.
Masih ada umat Islam yang membayar zakat dan masih ada yang
menunaikan haji. Amalan-amalan yang lain yang tidak merupakan rukun,
hamper kesemuanya sudah lenyap ditelan zaman.

Itu sebab Islam di zaman ini tidak syumul lagi. Itu sebab orang
Islam tidak banyak bezanya dengan orang bukan Islam. itu sebab umat
Islam sudah hilang identity mereka. Kecantikan dan keindahan Islam
sudah tidak dapat dilihat lagi. Keselamatan dan kesejahteraan yang
dijanjikan oleh Islam tidak dapat dirasakan lagi. Umat Islam
berpecah belah. Akhlak dan moral umat Islam runtuh menyapu bumi.
Masyarakat umat Islam kucar-kacir. Ekonomi umat Islam mundur. Itu
sebab juga umat Islam tidak dihormati dan digeruni malahan dikeji
dan dihina di seluruh dunia. Kebanyakan umat Islam hari ini hanya
Islam pada keyakinan tetapi tidak Islam pada amalan. Lain yang
diyakini, lain pula yang diamalkan. Mereka mengaku Islam, tetapi
cara hidup, cara fakir dan cara menilai sangat kebaratan.

Bila dikembalikan semula amalan-amalan Islam yang telah
ditinggalkan dan dilupakan, masyarakat menjadi huru-hara. Banyak
mata yang terbeliak. Ramai yang terkejut. Ramai yang terpekik
terlolong menuduh songsang dan sesat. Sedih. Umat Islam sendiri
sudah tidak kenal Islam. Islam hanya tinggal rukun. Islam pada
mereka hanya solat, puasa, zakat dan haji.

Umat Islam sudah lupa berpkaian secara Islam. mereka sudah lupa
makan minum dan bergaul secara Islam. mereka lupa berekonomi,
menjalankan pelajaran dan pendidikan, berkebudayaan, bermasyarakat
dan berpolitik secara Islam mereka sudah lupa bersahabat dan
berjiran secara Islam. mereka sudah lupa berhibur secara Islam.
mereka sudah lupa tentang had-had dan batas-batas yang ditetapkan
oleh Islam.

Apabila ditonjolkan pakaian secara Islam yang menutup aurat, mereka
terkejut. Pakaian yang mengikut sunnah , mereka tidak tahu. Pada
masa yang sama, mereka memandang amalan poligami itu hina walhal
ianya satu amalan yang mulia dan merupakan salah satu syariat Islam
dan menjadi amalan Rasulullah. Malahan poligami ialah tradisi bagi
orang-orang soleh. Sebaliknya tidak pula dipandang salah atau hina
apabila muda mudi bergaul bebas atau berjalan berdua-duaan ke sana
ke mari. Dadah, arak zina dan judi yang berlaku di tengah-tengah
masyarakat dipandang ringan dan dianggap sebagai perkara biasa atau
sebagai masalah individu dan orang lain tidak perlu masuk campur
atau ambil pusing.

Itu belum lagi diperkatakan tentang berekonomi secara Islam yang
menentang penindasan, riba, monopoli dan pembaziran yang sangat
berbeza dengan sisitem kapitalis yang diamalkan hanya mementingkan
untung berlipat ganda. Ataupun soal pelajaran dan pendidikan Islam
yang membawa kepada Tuhan dan bukan kepada kebendaan. Atau soal
kebudayaan Islam yang membawa kesedaran dan membina kehalusan akhlak
manusia dan bukan melalaikan, merosakkan akidah, akhlak, moral dan
yang memudahkan pergaulan bebas muda-mudi dan penggunaan dadah.
Sistem sosial Islam yang berkasih sayang, bertolong bantu, kuat
menguatkan, bersatu padu, penuh dengan kebajikan, kesejahteraan dan
keselamatan serta bukan system social yang menindas dan menekan,
hidup nafsi-nafsi, yang kuat timbul, yang lemah tenggelam seperti
kehidupan haiwan di belantara atau seperti pokok di hutan yang
berebut-rebut meninggalkan pucuk masing-masing untuk mendapatkan
cahaya matahari. Dan juga system pentadbiran Islam yang
menyatupadukan umat, yang adil , yang bebas dari krisis, pilih kasih
dan perebutan kuasa, yang melagangkan ketuhanan dan bukan ideology
ciptaan manusia dan yang mementingkan pembangunan insane dan
kerohanian lebih daripada pembangunan material. Sudah begitu jauh
cara Islam umat Islam kini dari cara hidup Islam yang sebenar. Cara
hidup musuh dianggap Islam, cara hidup Islam dipandang serong,
dimomok dan dikatakan ketinggalan zaman.

Untukmenebus kembali maruah umat Islam yang sudah punah ranah ini,
untuk membawa` umat Islam kembali ke mercu kegemilangannya dan untuk
menjadikan umat Islam itu pewaris bagi bumi Allah ini, maka kita
perlu tingkatkan amalan Islam kita ini. Kita perlu hidupkan semula
segala amalan-amalan Islam yang telah lama kita tinggalkan dan kita
lupakan. Umat Islam perlu kembali kepada amalan-amalan Islam yang
sebenar.

Kalaulah amalan Islam kita pada hari ini diibaratkan hanya satu dari sepuluh ilmu Islam yang ada, marilah kita tingkatkan amaln kita
itu kepada 2, 3, 4, 5 dan seterusnya setakat mana yang kita mampu.
Islam itu ialah iman, ilmu dan amal. Kalau tidak ada ketiga-tiga
perkara ini, Islam tidak akan terlaksana. Islam hanya akan menjadi
seperti benih yang belum ditanam. Pokoknya tidak ada. Kalau pokok
Islam tidak ada, masakan kita dapat nikmati buahnya yang enak, lazat
dan manis. Dengan ketiga-tiga perkara ini juga, Islam kita akan
bertambah syumul dan bertambah syumul. Di atas kesyumulan inilah
letaknya nikmat, rahmat dan keampunan Tuhan.

5 SYARAT UNTUK MEMBUAT MAKSIAT

Saturday, June 13, 2009 | | 0 comments |

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.” Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.” Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!” Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!” Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ‘Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh’.” Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?” Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.


NOTIS

Harap maaf...Blog dalam proses baik pulih

ANAK SEDARA

ANAK SEDARA

  © Blogger template Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP