Sunday, August 16, 2009 | Labels: | |





MENANGANI WABAK H1N1


Melihat kepada wabak H1N1 yang semakin cepat merebak dan dilihat semakin menggerunkan sekarang, saya merasakan perlunya manusia merenungi kenapa wabak ini dilihat begitu merbahaya. Adalah jelas pada ayat Allah apabila Allah menyatakan dalam al-Quran yang berbunyi

"Telah nyata kerosakan di darat dan di laut akibat tangan-tangan manusia "

Oleh itu, saya disini nak menyeru semua sahabat-sahabat supaya kita kembali pada Allah dalam usaha kita menangani wabak ini. Ini kerana, perlu ada suatu keyakinan dalam hati setiap dari kita bahawa semua ini adalah dari Allah dan hanya Allah sahajalah yang mampu menolong kita supaya dijauhkan dan diselamatkan dari wabak H1N1 ini.

Dipetik daripada laman web Darussyifa':

Mengikut apa yang dikatakan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din ,ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa tersebut adalah daripada sepotong hadis seperti berikut;



Sama-sama kita amalkan, semoga Allah merahmati dan menjauhkan kita dari wabak H1N1 ini.

Wallahu a'lam....

0 comments:

NOTIS

Harap maaf...Blog dalam proses baik pulih

ANAK SEDARA

ANAK SEDARA

  © Blogger template Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP