Friday, October 30, 2009 | | 1 comments |

ISU PURDAH

TAHUKAH KITA MAKLUMAT SEBENAR?????

Assalamualaikum buat sahabat2 mahasiswa. hari ini barulah saya berkelapangan sedikit untuk menemaskini blog ini dan saya suka untuk berbincang berkenaan isu niqab. ramai yang membuat kenyataan tanpa mempunyai bukti2 yang sebenar. Umum mengetahui bahawa saluran2 yang ada banyak memutarbelitkan kenyatan2 ulama, tapi sayang kesedaran itu tidak terlintas untuk diaplikasikan dalam isu ini. Mohon agar mahasiswa2 paham di antara istilah "melarang" dan " haram".

saya memetik apa yang di kemukan oleh PMRAM ( Persekutuan Melayu Repulik Arab Mesir ) yang boleh kita renungi bersama. ( http://www.pmram.org/ )

Banyak orang macam still nak salahkan al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi. Hasil temuramah majalah al-Musowwar dengan beliau menjelaskan mengapa beliau mengambil tindakan meminta pelajar wanita yang masih kecil itu untuk membuka purdah. Ini kerana beliau terperanjat ada pelajar perempuan yang memakai purdah di dalam bilik kelas yang hanya ada pelajar perempuan.

Suka untuk mendedahkan kepada para pembaca bahawa kelas di dalam sekolah rendah, menengah dan universiti al-Azhar tidak mencampurkan antara pelajar lelaki dan perempuan.

Maka diharap masyarakat Malaysia tidak terlalu cepat dalam membuat kesimpulan berbaur negatif terhadap al-Syeikh Muhammad Sayyid al-Tantawi.

Saya sertakan di bawah kenyataan rasmi MANHAL PMRAM.

Sumber: http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=704:kenyataan-rasmi-manhal-pmram-isu-pemakaian-niqabpurdah&catid=8:isu-semasa&Itemid=70

*******************

Berikut adalah pendirian MANHAL PMRAM berhubung dengan isu niqab yang membabitkan al-Imam al-Akbar Prof. Dr. Muhammad Sayyid Muhammad Tantawi.

1. Permasalahan pemakaian niqab/purdah bagi wanita adalah merupakan perselisihan dalam perkara cabang (furu') di dalam perbahasan hukum. Berikut adalah kesimpulan pandangan para fuqaha terhadap masalah pemakaian niqab/purdah:

Mazhab Hanafi: Wajah dan pergelangan tangan bukanlah aurat tetapi diharamkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatnya apabila disertai dengan syahwat.

Mazhab Maliki: Wajib bagi seorang wanita untuk menutup muka dan pergelangan tangan apabila berada bersama lelaki ajnabi

Mazhab Syafi`e: Tidak wajib menutup muka dan pergelangan tangan. Namun pandangan muktamad di sisi Mazhab Syafi`e adalah wajib menutup muka dan pergelangan tangan.

Mazhab Hambali: Wajib menutup muka dan pergelangan tangan.

2. Kenyataan Imam al-Akbar Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi yang telah disiarkan oleh media tempatan dan luar adalah tidak tepat dengan situasi sebenar bahkan telah diputarbelitkan.

3. Majlis Tertinggi al-Azhar al-Syarif yang bersidang pada 8/10/2009 telah membuat beberapa keputusan berkenaan isu pemakaian purdah seperti berikut:

a) Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

b) Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar

c) Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan

d) Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.

e) Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.


4. Setelah meneliti dan mengkaji perkara di atas, Markaz Pengumpulan Kajian dan Hasilan Penyelidikan ( MANHAL ) PMRAM menegaskan beberapa perkara untuk diambil perhatian:

a) Memahami bahawa masalah khilaf tidak sepatutnya menjadi pertikaian dan perselisihan berdasarkan kaedah yang berbunyi:

" لا يُنْكَرُ الْمُخْتَلَفُ فِيْهِ ، وَإِنَّمَا يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عَلَيْهِ "

yang bermaksud:

"Perkara yang berlaku khilaf tidak perlu untuk dipertikaikan sebaliknya perkara yang perlu untuk dipertikaikan adalah apabila perkara tersebut merupakan perkara yang disepakati oleh para ulama secara Ijmak."

Oleh itu, umat Islam dibolehkan untuk mengambil mana-mana pandangan para fuqaha.

b) Menghormati al-Azhar al-Syarif sebagai satu institusi keilmuan Islam yang diiktiraf sejak dulu hingga sekarang kerana bermanhaj dengan manhaj ilmu yang sederhana (wasatiah)

c) Bersangka baik dengan para ulama sekiranya timbul usaha untuk melaga-lagakan antara mereka dalam sesuatu isu serta merujuk terus kepada sumber yang boleh dipercayai

d) Tidak melupakan isu utama yang disepakati oleh ulama iaitu wajib menutup aurat disebabkan terlalu membesarkan masalah furu'.

e) Semua pihak perlu menghormati ketetapan yang diluluskan oleh al-Azhar al-Syarif dan membenarkan pemakaian niqab/purdah di premis-premis dan rumah-rumah negeri.

Tuesday, October 27, 2009 | Labels: | 3 comments |

BUKU YANG TERLARIS SEKARANG!!!!!!!!!!!!!

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT





DiTulis Oleh Ustaz Ismail Kamus & Ustaz Mohd Azrul Azleen

Jom dapatkan segera..buku yang sangat menarik dengan penyampaian bergambar yang berwarna-warni. Mengupas tentang Kehidupan seharian Anda..

Belilah untuk rujukan harian anda..insyaallah hidup anda lebih lengkap sekiranya memiliki buku ini sebagai rujukan anda!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Harga : RM 55

Berminat? hubungi saya :

Halim : 013-2124817




| | 2 comments |

FUTSAL ANJURAN GANUSOCCER

Pada 17 oktober lepas, PERMATA telah memasuki satu pertandingan futsal yang sport planet kajang yang di anggotai oleh Peja, syukrimi, buying, zemi, iqbal, Jo, Yus dan zaid. Perlawanan bermula seawal jam 9pagi. Team PERMATA memenangi perlawanan pertama menewaskan GSN OTAI 4-0, dan perlawanan ke 2 menewaskan GSN JB 5-1. namun nasib tak menyebelahi apabila kalah pada perlawanan ke 3,4 dan 5. Walaubagaimanapun, perlawanan ini dilihat dapat mengeratkan hubungan antara Kelab Penyokong Terengganu yang di sekitar Selangor n KL dengan ahli PERMATA walaupun timbul sedikit kekecohan pada perlawanan pertama kerana salah paham antara pemain PERMATA dan GSN OTAI namun dapat diredakan kembali.Itu kami anggap sebagai asam garam dalam apa-apa perlawanan sekalipun....syabas di ucapkan buat Team PERMATA



Tuesday, October 6, 2009 | | 0 comments |

SOALAN DEMI PERSOALAN : AL-QURAN ADA JAWAPANNYA


KENAPA AKU DIUJI?

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.” –surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” –surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” –surah Al-Baqarah ayat 286


RASA TERTEKAN?

“Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman” –surah Ali ‘Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung” –surah Ali ‘Imran ayat 200


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” –surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy (singgahsana) yang agung.” –surah At-Taubah ayat 129


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!

“…dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” –surah Yusuf ayat 12

NOTIS

Harap maaf...Blog dalam proses baik pulih

ANAK SEDARA

ANAK SEDARA

  © Blogger template Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP