Friday, June 25, 2010 | | 4 comments |


KITA TOLONG SYAITAN??????????


Assalamualaikum buat sume sahabat2 yang mengunjungi blog saya...terima kasih diucapkan. Hari ini, saya terdetik untuk menulis satu cerita yang pernah saya dengar dari seorang ustaz yang membacakan sebuah kitab di sebuah surau. Ceritanya tentang syaitan. Ustaz tu cakap ramai di antara kita sebenarnya yang menolong syaitan. Kita banyak menyembuhkan luka-luka syaitan. bak kate orang, kita jadi syifa pada syaitan. Tapi, betul ke kita TOLONG SYAITAN?????????? sama- sama kita hayati dan mengambil pedoman cerita ini...

Syaitan itu juga sering mengalami sakit-sakit dan patah riuk kaki dan tangannya.Walaupun seteruk mana pun penyakitnya dan patah kakinya,namun ade sejenis ubat yg membantu memulihkan penyakitnya.Boleh katakan setiap hari syaitan dan iblis mengalami patah kaki dan tangan yg serius dan boleh dimasukkan ke wad ICU.

Namun kita sebagai umat islam juga telah bersimpati dgn nasib iblis dan syaitan dan telah menghulurkan ubat secara percuma kpd mereka yg dilaknat.

Di pendekkan cerita, suatu hari bapa iblis telah mengarahkan anaknya pergi mengganggu umat islam yg baru hendak solat dimasjid, apabila sampai sahaja di masjid, si anak-anak iblis ini sudah bersedia untuk menghasut dan melalaikan para jemaah. Tiba-tiba berkumandanglah azan, maka larilah iblis lintang pukang sambil terlanggar bukit,pokok besar dan seumpamanya dan mereka lari sehingga tak terdengar lagi di telinga mereka laungan azan.

Maka iblis tadi meraung sakit kerana cedera parah,patah tangan ,kaki dsb. Datanglah bapak mereka dan mengarahkan bhw hannya ade satu saje ubat yg boleh menyembuhkan kembali kecederaan parah mereka, lalu menyuruh mereka pergi ke rumah org islam dan carilah air kencing org yang kencing berdiri dan sapulah ke tempat yg luka cedera parah. Sepantas kilat,mereka mencari org Islam yg kencing berdiri dan serta merta penyakit mereka sembuh.

Kesimpulannya, org kencing berdiri inilah yg menjadi punca iblis sentiasa sihat dan segar. Jadi saya menyeru rakan2 supaya mengubah tabiat tersebut kepada yang lebih baik.

Wallahu a'lam.....

Wednesday, May 19, 2010 | | 5 comments |

Align CenterJUDI HALAL???????????

Ada ke judi yang halal????itulah pertanyaan yang bermain di minda saya apabila Timb Ment Kewangan( Awang Adek) cuba memberikan lesen untuk perjudian/taruhan bola sepoak piala dunia nanti. Terdetik di hati saya, adakah betul apa yang dibuat oleh Timb Menteri tersebut. Tidakkah beliau mengetahui akan pengharaman judi? Jadi, saya di sini cuma nak berkongsi pendapat dengan sahabat-sahabat pembaca.

Berkenaan judi, telah jelas dalam al-Quran :

سْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-baqarah : 219)


Dan juga larangan selanjutnya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)


Disebutkan di dalam kaedah Fiqhiyyah yang dicatatkan oleh Al-Imam As-Sayuti Al-Shafi'i:-

لا يُنْكَرُ المختلِفُ فيه وإنما يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عليهِ

Ertinya : Tidak diingkari dalam hal yang diperselisihkan (ijtihad ulama), namun sesungguhnya keingkaran (bantahan) adalah pada perkara yang disepakati (haramnya)( Al-Asbah wa Al-Nazair, kaedah no 35, hlm 292 )


Masalah judi merupakan suatu sepakat jumhur ulama tentang keharamannya berdasarkan ayat2 atau dalil-dalil di atas. Ia bukanlah perkara khilaf yang boleh ditimbangbalik samada boleh atau tidak terlibat dengannya.


Seandainya pihak kerajaan malaysia meluluskan lesen judi tersebut, akan terserlahlah kejahilan pemimpin-pemimpin di Malaysia tentang hukum agama, tambahan lagi malaysia pada mata dunia dilihat sebagai negara islam. Tidakkah ini suatu yang pelik dan bodoh apabila sebuiah negara yang dikatakan negara islam oleh masyarakat dunia meluluskan suatu lesen atau dalam konteks lain menghalalkan perkara yang telah jelas diharamkan oleh Allah. Hal ini akan menyebabkan masyarakat semakin celaru terutama masyarakat yang tidak mendalami ilmu agama.


Ataupun adakah Perdana Menteri telah terperangkan dengan konsep 1Malaysia???? sama-sama kita fikirkan.

Saya di sini memohon para ilmuan agama, mufti-mufti, dan badan agama yang berkenaan agar mengeluarkan kenyataan dan kalau perlu, duduklah semeja bersama tokoh-tokoh agama bagi menghalang lesen judi ini dari dilluluskan. Pikullah tanggungjawab ini sebaiknya agar kita tak di tanya dan di azab Allah kerana mendiamkan perkara ini.Saya juga memohon pada sahabat-sahabat di setiap peringkat agar turun memberi penerangan tentang hal ini kepada masyarakat samada di kampung-kampung, bandar, universiti, sekolah dan sebagainya. Penerangan tentang perkara yang cuba mencabuli kesucian islam ini harus dipikul bersama agar masyakat islam di malaysia tidak terus berkecimpung dalam maksiat dan ingkar pada perintah Allah.

Wallahu a'lam......


Friday, April 2, 2010 | | 4 comments |


ILMU HADITH BELUM CUKUP TANPA FIQH


Ilmuan-ilmuan Islam yang terkenal seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud dan lain-lain imam muhaddithin yang mana mereka sudahpun menghafal ratusan ribu hadis masih tetap mengamalkan agama berdasarkan mazhab imam-imam mujtahid walaupun pada pandangan mata umum apalah perlunya mereka bertaqlid sedangkan mereka mempunyai ilmu agama yang jauh lebih daripada cukup?

Di sinilah bezanya antara fuqaha (ahli-ahli fiqh) dan muhaddithin (ahli-ahli hadith). Apabila seseorang itu mengetahui beribu hadis sekalipun, tetapi dia tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk membahaskannya, maka dia tidak layak untuk mengeluarkan sesuatu pendapat.

Mereka-mereka yang mempelajari Sunan Tirmizi pasti mengetahui bahawa apabila membincangkan masalah fiqh, Imam Tirmizi tidak pernah mengambil pendapat guru beliau Imam Bukhari, tetapi beliau menyebut nama-nama seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad atau ulama Kufah iaitu Imam Abu Hanifah.

Imam Tirmizi hanya akan mengambil nama Imam Bukhari apabila beliau membahaskan kesahihan atau status sesuatu hadis, kerana beliau mengetahui bahawa walaupun Imam Bukhari adalah pakar dalam bidang hadis, tetapi kepakaran Imam Bukhari dalam ilmu fiqh belum dapat menandingi kepakaran yang ada pada imam-imam mujtahid.

Dapat kita fahami di sini, bahawa setinggi manapun ilmu hadith seseorang itu, belum tentu dia layak mengeluarkan fatwa sekiranya dia tidak mempunyai ilmu fiqh yang cukup. Sekiranya datang dua nas bertentangan antara satu sama lain, yang mana kedua-duanya adalah sahih dan sama kuat, yang mana satukah akan kita ambil? Ini hanya dapat dilakukan seandainya kita mampu memahami selok-belok ilmu fiqah, bukan dengan hanya bersandarkan kepada kesahihan semata-mata.

Sebagai contoh ingin penulis menceritakan di sini perbahasan antara dua imam mujtahid Abu Hanifah dan Awza’I mengenai masalah mengangkat kedua belah tangan selepas bangun dari rukuk. Imam Awza’i mengatakan:

“Saya meriwayatkan dari Salim, dari Nafi’ dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. mengangkat tangan dalam solat Baginda s.a.w.”


Lalu Imam Abu Hanifah menjawab:
“Saya meriwayatkan dari Hammad, dari Ibrahim An-Nakh’i dari ‘Alqamah dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah s.a.w tidak mengangkat tangan Baginda s.a.w.”


Imam Awza’i membalas:
“Saya membawa sanad (rangkaian periwayat) yang lebih sedikit dan tuan ingin berhujah dengan sanad yang lebih perantaraannya?” (Mengikut pendapat ulama hadis, hadis yang lebih kurang perantaraannya antara perawi dengan Baginda s.a.w adalah lebih kuat dari hadis yang mempunyai lebih perawi, seperti yang tertera di atas bahawa antara Imam Awza’i dan Rasulullah s.a.w hanya tiga perawi dibandingkan dengan Imam Abu Hanifah yang mempunyai empat perawi).


Jawab Imam Abu Hanifah:
“Hammad lebih faqih daripada Salim, Ibrahim An-Nakh’i lebih faqih daripada Nafi’ dan ‘Alqamah lebih faqih daripada Ibnu Umar walaupun beliau adalah seorang sahabat Nabi s.a.w. Dan Ibnu Mas’ud adalah Ibnu Mas’ud (siapakah yang dapat menafikan kefaqihan Ibnu Mas’ud?).”


Di sini Imam Abu Hanifah mengambil kira faktor kefaqihan perawi dalam mengeluarkan fatwa dan bukan bersandarkan kepada kekuatan dan nilai sesebuah hadis semata-mata. Pun begitu perlu diingatkan bahawa menurut pendapat Imam Syafie mengangkat tangan selepas rukuk adalah sunnah kerana ia adalah amalan penduduk Tanah Haram dan Syam, yang mana terdapat sekurang-kurangnya 35,000 sahabat dikebumikan di Syam.

Dalam sebuah hadith riwayat Sunan, Nabi s.a.w. bersabda:
"Semoga Allah ta’ala menyegarkan fikiran orang yang mendengar perkataanku, lalu dia menyampaikannya sepertimana yang dia dengar. Betapa ramai orang yang disampaikan itu lebih memahami dari si pendengar asal itu sendiri."


Di sini Nabi s.a.w. sendiri mengkategorikan antara mereka yang menghafal hadis dan mereka yang memahami hadis. Kerana itulah Imam A’mash salah seorang perawi Bukhari telah berkata kepada anak murid beliau Imam Abu Hanifah:
“Kamu wahai golongan fuqaha’ adalah doktor dan kami (golongan muhaddithin) hanyalah penjual ubat.”


Dalam I’lam al-Muwaqqi’in Imam Ibnul-Qayyim meriwayatkan bahawa satu ketika Muhammad bin Ubaidullah bin Munadi telah mendengar seorang lelaki bertanya kepada guru beliau Imam Ahmad bin Hanbal:
“Apabila seseorang itu menghafal 100,000 hadith, adakah dia dikira sebagai seorang yang faqih?” Imam Ahmad menjawab: “Tidak.”

Dia ditanya lagi: “Sekiranya 200,000 hadith?” Balas beliau: “Tidak.” Orang itu bertanya lagi: “Sekiranya 300,000?” dan sekali lagi Imam Ahmad menjawab tidak.

Kemudian orang itu bertanya: "Bagaimana sekiranya dia menghafal 400,000 hadith?” Lalu Imam Ahmad mengisyaratkan dengan tangan beliau, “Lebih kurang begitulah.”

Riwayat di atas memberi gambaran jelas kepada semua, dengan hanya mempelajari beberapa ribu hadis belum tentu kita mampu untuk melayakkan diri kita dalam mengeluarkan pendapat sewenang-wenangnya. Apatah lagi bila hanya tahu beberapa kerat hadis?

Mengapakah kita perlu bermazhab?

Inilah soalan yang sering diajukan oleh ghair muqallidin (golongan tidak bermazhab). Jawapannya amat ringkas:
Apabila kita tidak mempunyai ilmu yang cukup maka wajib untuk kita mendengar mereka yang paling arif, dan sekiranya kita mempunyai ilmu yang cukup maka haram untuk kita mengikut mana-mana mazhab.


Ini bersesuaian dengan mafhum firman Allah ta’ala dalam surah al-Mulk apabila Allah ta’ala menceritakan perihal penduduk neraka:
"Dan mereka berkata: 'Sekiranya kami mendengar (patuh) atau kami memahami (akan agama) maka sudah tentulah kami tidak akan menjadi penduduk Sa’ir (Neraka)'".


Walaupun ayat di atas adalah berkenaan dengan iman, tetapi memandangkan konteks ayat adalah luas maka ulama berhujah tentang betapa pentingnya patuh kepada yang mahir. Dan sekiranya kita tidak mahu patuh maka kita sendiri mestilah menjadi dari golongan yang berakal dan memahami sedalam-dalamnya.

Sekiranya kita tidak berhati-hati, maka dikhuatiri kita akan terjebak lalu tergelungsur jatuh dan jauh menyimpang dari kehendak syariah walaupun pada asalnya niat yang sebenar adalah untuk menegakkan hukum Allah di atas muka bumi bersesuaian dengan yang di bawa oleh Baginda s.a.w.

Amalan ulama yang jauh lebih mahir berbanding kita sendiri adalah hujah yang kuat betapa kita tidak sepatutnya dengan sewenang-wenang mengeluarkan pendapat sendiri.

Nama-nama seperti Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah, Tahawi, Ibnu Hajar, Ibnu Rushd, Sayuti, Ibnu Kathir adalah antara mereka yang bertaqlid dengan imam-imam mujtahid yang datang sebelum mereka.

( artikel ini telah diringkaskan )

Sumber : HarakahDaily.Net

Tuesday, March 30, 2010 | | 1 comments |


TOK GURU NIK AZIZ KEKAL MURSYIDUL AM


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dilantik semula sebagai mursidul am PAS untuk sesi 2010-15.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kedua majlis syura ulamanya di pejabat agung PAS,di ibu negara pagi ini.

Pelantikan itu sekali gus menutup ruang spekulasi berhubung kedudukan tokoh popular PAS itu yang melanda sejak minggu lalu apabila kedudukannya bergantung kepada sokongan 16 lagi anggota majlis tersebut.

Spekulasi tercetus minggu lalu apabila majlis syura ulamanya tidak membuat sebarang pelantikan terhadap pengerusi dan timbalannya, sebaliknya hanya melantik lima anggota tambahan.

Majlis tersebut mempunyai 17 anggota - masing-masing empat wakil daripada jawatankuasa pusat dan dewan ulama, dua orang daripada dewan Pemuda dan Muslimat serta empat lagi anggota tambahan.

Sementara itu, dalam mesyuarat hari ini juga, Datuk Dr Haron Din turut dilantik semula sebagai timbalan mursyidul am bagi membantu tugas-tugas Nik Aziz sebagai pengerusi majlis tertinggi dalam parti.

Tahniah kepada kedua2 Tok Guru. Khidmat mu ditagih untuk terus mendaulatkan ISLAM di MALAYSIA...........TAKBIIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, March 26, 2010 | | 1 comments |


TUBUH WANITA : HAK SIAPA??????????

"Assalamualaikum", tegur seorang pak cik pada seorang wanita di bus stop. "waalaikummussalam",jawab wanita berkenaan. " anak, kenapa pakai pakaian macamni, dengan ketatnya, nipisnya, jarangnya....kan elok kalau pakai baju kurung ke, jubah ke".soal pak cik berkenaan."eleh, ini kan tubuh saya, suka hati saya la nak buat apa!" jeritwanita muda berkenaanlalu meninggalkan pak cik itu.


Untuk perkongsian bersama, tubuh ini adalah pinjaman sahaja dan bukan hak milik kita. Jika hak milik kita, kita boleh mematikannya dan menghidupkannya semula sesuka hati kita, sama seperti kereta 'remote control' milik anak kita. Kita boleh dengan sesuka hati sahaja menggayakannya dan menggunakannya, bila habis bateri pula boleh diisi semula dan berjalan lagi dan lagi.


Sebab itu juga kita tidak dibenarkan oleh Islam dan juga undang-undang untuk menjual sepotong tangan, sebiji jantung, sebiji kepala kita kepada orang lain sesuka hati.


Tubuh yang kita miliki ini bukan demikian, ia mesti digayakan menurut kehendak pemiliknya iaitu Allah SWT. Islam memang memberikan kebebasan dalam pakaian tetapi tidak terbuka begitu sahaja, ia terikat dengan hak dan ketetapan yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.


Justeru bagi sesiapa yang punyai iman, hak kebebasannya untuk memilih apa jua jenis pakaiannya adalah tertakluk kepada displin pakaian yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.


Berdasarkan hak tersebut, wanita dan lelaki yang masih ada keimanan terhadap Allah dan rasulNya serta hari kematian dan balasannya, mereka tidak boleh melanggar hak Allah.

Ciri-ciri pakaian menutup aurat :

1) Pakaian itu mesti-lah menutup aurat , sebagaimana yang di-kehendaki syrari'at Islam

2) Tudung kepala, hendak-lah di-labuhkan sehingga ke-paras bawah dada.
Bersarung kaki / berstokin untuk menutup aurat bahagian kaki.

3) Pakaian tidak terlalu nipis, ketat dan sempit.

4) Warna pakaian suram atau gelap seperti kelabu, hitam, biru tua, hijau tua. Tidak boleh
berwarna-warni, berbunga-bunga menarik dan tabarruj.

5) Pakaian tidak di-kenakan wangi-wangian , kecuali ketika bersama suami di-rumah.

6) Tidak berhias-hias, bermake-up, bergincu bibir ketika keluar rumah, kecuali bersama suami di rumah. Juga tidak bergelang-jurai emas, ketika keluar rumah semacam hendak menunjuk-nunjuk.

7) Pakaian tidak menyerupai kaum lelaki ataupun wanita kafir / musyrik.

8) Jika keluar berjalan jangan-lah memakai kasut bertumit, sehingga berberbunyi keletok-keletok yang boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki.

9) Jika berjalan , jangan di-lenggang-lenggokkan badan serta gaya berjalan yang juga boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki.





Tuesday, March 9, 2010 | | 2 comments |




Gambar atas tu bukan serah wang ehsan yer!!!.....bukan jugak borang pindah masuk parti lain!!hahaha..jauh sekali la kalu nak kate aku jadi YB dan sebagainya.heheh..tu sebenarnya hari terakhir aku bergelar Yang Di Pertua Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu. Majlis penyerahan tugas tu berlangsung pada 25hb februari 2010 di Auditorium siwa, Pusanika. So, paham-paham jer la, yang sebelah aku tu YDP baru, zaidi dari FSSK jurusan sains politik. hebat dia tu.hehehe...

So, aku disini mewakili semua exco dan MT PERMATA menyusun 20 jari kaki dan tangan memohon maaf atas segala kesilapan, kekurangan dan segalanya pada sume anak terengganu. Aku juga ingin memohon maaf andai ada tersilap kata, atau terkasar bahasa pada exco-exco,dan MT permata yang lepas.

Harapan aku semoga kepimpinan baru PERMATA mampu membawa PERMATA selari dengan persatuan-persatuan lain dan berusaha merencana sebaik dan sebanyak mungkin aktiviti yang bermanfaat untuk ahli-ahli PERMATA. Aku juga menyeru kepada semua ahli, agar memberikan komitmen anda kepada PERMATA agar kepimpinan baru menjadi lebih bersemangat dan bermotivasi untuk merencana aktiviti-aktiviti PERMATA.

" SINAR PERMATA MENUJU KEGEMILANGAN "


Thursday, February 25, 2010 | | 1 comments |


Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan.


1. Ucapan yang makruf dan sopan. Firman Allah: Dan ucaplah kata-kata yang makruf. Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.


2. Menundukkan pandangan. Dalam surah an Nur menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-rnasing khususnya dalarn suasana takutkan fitnah.


3. Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah (s.a.w.) setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah (s.a.w. ) bersabda: Janganlah sekali-kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia mahramnya.


4. Menghindari tempat shubhat. Sabda Rasulullah SAW: Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu…. (Riwayat Bukhari). Adab khas untuk wanita.


5. Iltizam dengan pakaian Islam. Firman Allah: Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka. Dan firmannya lagi: Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliah bertabrruj.


6. Serius dalam ucapan. Tidak `mengada-ngada` atau bermanja-manja dalam percakapan. Firman Allah: Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.


7. Menjaga pergerakan. Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lituk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah: Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan. Daripada pembentangan di atas ternyata bahawa rnenjadi pengacara majlis, peragawati, penyanyi dan penari adalah haram kerana tidak menepati syarat-syarat yang telah di tetapkan oteh ulama lslam.

Wallahua’lam.

Monday, January 11, 2010 | | 2 comments |



PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH


Assalamulaikum buat sahabat2 mahasiswa/i ukm. Akhir2 ini, jelas terpampang di dada2 akbar dan di kaca TV berkenaan Penggunaan Nama Allah oleh orang kristian. Permohonan Gereja Katholik tersebut untuk menggunakan kalimah "Allah" di dalam agama mereka kemudian diluluskan penggunaannya oleh Hakim Lau. Namun KDN telahpun menghantar surat rayuan agar kelulusan itu ditarik balik. Selain KDN ramai lagi pihak2 NGO lain yang menentang penggunaan tersebut. Namun begitu wujud juga pihak2 yang menyokong penggunaan tersebut dan ini merupakan suatu tindakan yang menyedihkan bagi umat islam.

Allah sememangnya Tuhan untuk semua umat manusia yang melata di muka bumi ini. ini kerana Allah lah yang menciptakan bermula dengan penciptaan nabi Adam A.S. Kemudian Justify Fullberkembang biaklah umat manusia yang wujud dimuka bumi. Umat2 sebelum kedatangan Nabi Muhammad menganut agama samawi yang dibawa oleh Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Daud dan lagi melalui kitab taurat, injil dan zabur. Kitab2 yang dibawa oleh Nabi2 terdahulu meneyeru manusia menyembah Tuhan yang satu iaitu Allah. Namun begitu, telah berlaku penyelewengan terhadap kitab2 tersebut menyebabkan mereka tidak lagi menyembah Allah sebagaimana yang di bawa oleh Nabi2 tersebut.

Tuhan yang disembah oleh umat2 tersebut bukan lagi Allah, mereka telah menyembah berhala, patung2, pokok, api, bulan dan sebagainya. Amalan yang dilakukan oleh mereka ini adalah syirik dan bercanggah dengan agama samawi yang sebenar. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa tuhan yang mereka sembah bukanlah Allah yang Esa sepertimana yang disemabah oleh umat islam. Namun begitu, mereka sebenarnya percaya bahawa Tuhan mereka yang sebenar adalah Allah. hal ini dapat dilihat berdasarkan Firman Allah :

" Dan sekiranya kamu bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan langit dan bumi, nescaya mereka menjawab Allah "

Seperti yang diketehui oleh semua pihak, dalam agama kristian mereka mengamalkan konsep trinity iaitu tuhan yang berbilang bilang. Hal ini jelas berlawanan dengan Firman Allah dalam surah al-Ikhlas ayat 1 yang berbunyi :

" katakanlah wahai Muhammad, Dialah Allah yang Esa "
Ayat ini menunjukkan bahawa Allah hanya satu, dan tidak berbilang-bilang sepertimana dalam agama kristian.

Oleh itu, sekiranya penggunaan nama Allah ini dibenarkan, ia akan membawa kecelaruan kepada umat islam. Umat islam pasti kan tertanya2 adakah Allah yang disembah oleh umat islam sama dengan "Allah' yang disembah oleh orang kafir. Hal ini mungkin akan mengakibatkan terdapat umat islam yang tidak lagi mempunyai sensitivi terhadap agama islam dan mengambil ringan tentang abidah2 dalam islam yang pada akhirnya akan mengakibatkan susah untuk membezakan antara orang islam dan orang kristian.

Allah yang seperti kita ketahui juga mempunyai 99 nama iaitu dikenali sebagai Asma ul-Husna. Asma ul Husna ini merupaka sifat2 Allah yang melebihi sifat2 makhluk yang lain. Oleh itu, penggunaan perkataan " Allah " dalam agama kristian juga dilihat sebagai suatu pencabulan terhadap sifat Allah kerana jelas menunjukkan tuhan yang mereka sembah berbeza dengan Allah bagi umat islam. Penetapan sifat2 Allah itu sebenarnya ada disebut dalam sebuah kitab dimana ia khusus untuk Tuhan orang Islam sahaja iaitu Allah.

Akhirnya, saya menyeru sahabat2 agar bertegas dalam isu ini dan memberikan pemahaman terhadap sahabat2 yang masih leka dan mengambil acuh tidak acuh akan isu ini. Ketahuilah bahawa nabi ada bersabda :

" Barangsiapa yang tak mengambil berat dalam urusan umat islam, bukan dari golongan kami"

Oleh itu, mainkanlah peranan masing2 disudut yang tersendiri agar penggunaan nama Allah oleh agama kristian ini tidak berjaya dan tidak terlaksana bagi menjaga maslahat umat islam. Mohon teguran andai saya tersilap....

Wallahu a'lam.................

Wednesday, January 6, 2010 | | 0 comments |

PILIHANRAYA KAMPUS


Assalamualaikum buat sahabat2..sudah lama rasanya tak update blog ni. tak tahulah kenapa, nak kata sibuk tak pun. apatah lagi study???hahahhah....tapi mungkin sebab kat umah baru ni takda internet kot.heheh..banyak la alasan..hehe

Pilihanraya kampus sudah semakin hampir, tapi bila ek? Saya tertunggu2 ni walaupun saya bukanlah calon.hahaha...suka2 saya jer kan nak cepat, walaupun tahu sahabat-sahabat sedang sibuk dengan gerak kerja. Namun saya harap, ia tak akan mengambil masa yang lama sebab kursus calon sudahpun berakhir pada 3hb Januari yang lepas. so, apa yang d tunggu lagi oleh pihak universiti untuk membubarkan PMUKM?????????????

Saya di sini ingin memberi pendirian tegas menyatakan bahawa saya menyokong sepenuhnya pihak Pro-M iaitu Gabungan Mahasiswa UKM.Sokongan saya ini adalah berasaskan dalil dan hujah2 yang kuat walaupun ada pihak yang cuba menafikan kenapa perlu menyokong GMUKM. antaranya ialah :

1) GMUKM dilihat lebih memperjuangkan nasib mahasiswa berbanding ASPIRASI

2) Akhlak pemimpin GMUKM lebih menyenangkan berbanding Aspirasi seperti bab pergaulan dan pemakaian.

3) Nabi pernah berkompromi dengan orang non-muslim tapi tak memberikan kompromi pada golongan munafik.

4) Pemimpin GMUKM mempunyai penyampaian yang lebih tinggi dalam pelajaran menandakan mereka mampu menjaga dan menguruskan diri mereka dengan baik seterusnya meyakinkan untuk memberi cakna pada mahasiswa ukm yang lain.

5) Mengundi pihak yang diyakini tidak melakukan maksiat pada Allah adalah wajib.


Letih dah la..hahah.banyak sangat lagi sebenarnya ni.korang pikir sendiri la yer.walau apapun, selamat mengundi buat semua mahasiswa ukm. Saya berharap sahabat2 membuat keputusan terbaik untuk kebaikan mahasiwa2 ukm dan kecemerlangan ukm pada masa yang akan datang.

Saya di sini ingin memberi pesanan kepada adik2 tahun 1 agar tidak gentar dengan sebarang ugutan yang melarang menyokong pihak GMUKM yang diterima di kolej mahapun di luar kolej. Ugutan2 yang bakal dihadapi itu hanyalah satu sikap tidak bermaruah dan pendek akal oleh pihak2 yang terbabit. Jadi, saya berharap adik2 sekiranya takut nak menentang, angguk dan iyakan sahaja kata2 mereka, tapi undi anda jangan sekali2 untuk pihak ASPIRASI. Saya bercakap ini berdasarkan pengalaman dan bukan fitnah semata2 kerana saya juga tahu akan amaran Allah yang berbunyi :

"Memfitnah itu lebih teruk dari membunuh "

UNDI ANDA PENENTU MASA DEPAN UKM...Wallahu a'lam

NOTIS

Harap maaf...Blog dalam proses baik pulih

ANAK SEDARA

ANAK SEDARA

  © Blogger template Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP