Wednesday, May 19, 2010 | | |

Align CenterJUDI HALAL???????????

Ada ke judi yang halal????itulah pertanyaan yang bermain di minda saya apabila Timb Ment Kewangan( Awang Adek) cuba memberikan lesen untuk perjudian/taruhan bola sepoak piala dunia nanti. Terdetik di hati saya, adakah betul apa yang dibuat oleh Timb Menteri tersebut. Tidakkah beliau mengetahui akan pengharaman judi? Jadi, saya di sini cuma nak berkongsi pendapat dengan sahabat-sahabat pembaca.

Berkenaan judi, telah jelas dalam al-Quran :

سْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-baqarah : 219)


Dan juga larangan selanjutnya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)


Disebutkan di dalam kaedah Fiqhiyyah yang dicatatkan oleh Al-Imam As-Sayuti Al-Shafi'i:-

لا يُنْكَرُ المختلِفُ فيه وإنما يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عليهِ

Ertinya : Tidak diingkari dalam hal yang diperselisihkan (ijtihad ulama), namun sesungguhnya keingkaran (bantahan) adalah pada perkara yang disepakati (haramnya)( Al-Asbah wa Al-Nazair, kaedah no 35, hlm 292 )


Masalah judi merupakan suatu sepakat jumhur ulama tentang keharamannya berdasarkan ayat2 atau dalil-dalil di atas. Ia bukanlah perkara khilaf yang boleh ditimbangbalik samada boleh atau tidak terlibat dengannya.


Seandainya pihak kerajaan malaysia meluluskan lesen judi tersebut, akan terserlahlah kejahilan pemimpin-pemimpin di Malaysia tentang hukum agama, tambahan lagi malaysia pada mata dunia dilihat sebagai negara islam. Tidakkah ini suatu yang pelik dan bodoh apabila sebuiah negara yang dikatakan negara islam oleh masyarakat dunia meluluskan suatu lesen atau dalam konteks lain menghalalkan perkara yang telah jelas diharamkan oleh Allah. Hal ini akan menyebabkan masyarakat semakin celaru terutama masyarakat yang tidak mendalami ilmu agama.


Ataupun adakah Perdana Menteri telah terperangkan dengan konsep 1Malaysia???? sama-sama kita fikirkan.

Saya di sini memohon para ilmuan agama, mufti-mufti, dan badan agama yang berkenaan agar mengeluarkan kenyataan dan kalau perlu, duduklah semeja bersama tokoh-tokoh agama bagi menghalang lesen judi ini dari dilluluskan. Pikullah tanggungjawab ini sebaiknya agar kita tak di tanya dan di azab Allah kerana mendiamkan perkara ini.Saya juga memohon pada sahabat-sahabat di setiap peringkat agar turun memberi penerangan tentang hal ini kepada masyarakat samada di kampung-kampung, bandar, universiti, sekolah dan sebagainya. Penerangan tentang perkara yang cuba mencabuli kesucian islam ini harus dipikul bersama agar masyakat islam di malaysia tidak terus berkecimpung dalam maksiat dan ingkar pada perintah Allah.

Wallahu a'lam......


5 comments:

  1. Ahmad Khalilul says:

    saya rajin dengar gak dulu,..emm..tapi ader satu masjid tue yg ader menyediakan mangkuk kengcing berdiri (macam maner tue)

    peniing gak aku

  2. Admin says:

    Salam,
    perkara ini dah diajar semenjak dari sekolah lagi tapi tak ramai ambil peduli. Perkara pertama sekali adalah kerana faciliti yang ada tidak mempermudahkannya.

    http://hasrulhassan.blogspot.com

    Terima kasih kerana entri ini.

  3. ana_liyana says:

    Ya..ana juga penah dengar gak! Btul rasanya!

  4. elin heppy ceria says:

    salam..mohon share ilmu ni..

  5. .::: mr IQ :::. says:

    sy tak beberapa pastilah,
    kalau dari segi adab elok kencing duduk,
    tapi sy pernah dengar bahawa, pasal kencing berdiri itu menyembuhkan luka syaitan, tiada hadis atau dalil yang mengatakan sebegitu. Ia hanya rekaan org kita shj. (kalau x silap)

    (sekadar perkongsian) :)

NOTIS

Harap maaf...Blog dalam proses baik pulih

ANAK SEDARA

ANAK SEDARA

  © Blogger template Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP